Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 25/08/2023

Pengenalan

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar
  • Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai "Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600
  • Penerima yang layak* akan menerima SARa melalui 3 kaedah berikut:
    • Penerima dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
      - Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 17 Julai 2023
    • o Penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
      - Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 31 Julai 2023
    • Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan
      - Bayaran sebanyak RM600 akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada 7 Ogos 2023
  • Jadual pengkreditan SARa (bagi penerima dari Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut:

  • Kategori Kelulusan STR 2023 Amaun Bayaran (RM)
    Isi Rumah
    i. Kahwin
    ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
    600
    Warga Emas Tiada Pasangan
    Bujang

  • Bagi penerima yang menetap di Semenanjung Malaysia, sila rujuk Laman Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARa) untuk semakan kelayakan serta maklumat terperinci berhubung mekanisme SARa atau rujuk Laman MySTR

  • *Nota: Rujuk tab "Kelayakan" bagi mengetahui syarat kelayakan penerima SARa

Kelayakan

  • Kelayakan bagi SARa ini terhad kepada:
    • Warganegara Malaysia;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023*; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

    *Nota: Penerima terutamanya yang menetap di Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menyemak kelayakan terlebih dahulu di Laman MySTR

Cara Memohon

  • Tiada permohonan diperlukan*
  • Semua penerima SARa yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa di alamat berdaftar dalam permohonan STR
  • Selain itu, semakan kelayakan SARa boleh dibuat melalui kaedah berikut:
    • Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
      – Maklumat melalui SMS ataupun WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat;
    • Semakan terus melalui portal rasmi
      – Portal rasmi STR di pautan Laman Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bahagian menu "Semakan Permohonan" ataupun portal rasmi MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia); atau
    • Hubungi:
      LHDN di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau
      MOF di talian 03-8882 4565/8882 4566 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau
      MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia) di talian 03-7720 1800 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • Rujuk Video Tutorial SARa bagi kaedah pelaksanaan di Semenanjung Malaysia

  • *Nota: Semua penerima SARa telah dipilih secara automatik berdasarkan rekod data eKasih/rekod Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 dan tiada permohonan rayuan dibenarkan

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia
&
MyKasih