Infografik Pembentangan Belanjawan 2026

Tema Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat

Muqaddimah

“Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semalam.

Belanjawan ini akan menjadi kompas kepada hala tuju negara dengan memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional yang menyeluruh.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 1: Meluhur Tatakelola Terbaik

Belanjawan 2026 menzahirkan kecekapan Kerajaan MADANI dalam mengurus perbelanjaan negara dengan bijak.

Melalui 9 Tekad di bawah Belanjawan 2026 yang bermula dengan Tekad 1: Meluhur Tatakelola Terbaik membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan tatakelola diperteguhkan, kesejahteraan rakyat diutamakan dan pembangunan negara diperkasakan.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 2: Memenuhi Keutamaan Rakyat

Belanjawan 2026 terus memberi penekanan terhadap kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif di bawah Tekad 2: Memenuhi Keutamaan Rakyat.

Antara keutamaan Kerajaan adalah melalui penyasaran subsidi, Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat, perkhidmatan bergerak dan pembangunan negeri dalam usaha bagi memastikan semua rakyat walau di mana mereka berada memperoleh manfaat.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 3: Menjuarai Ekonomi Bernilai Tinggi

Melalui kerangka besar ekonomi untuk rakyat, maka usaha dilakukan bagi menarik pelaburan yang akan menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan. Matlamat itu akan dizahirkan melalui Tekad 3: Menjuarai Ekonomi Bernilai Tinggi.

Ia merangkumi usaha bukan sahaja untuk menarik pelabur asing malah memperkasakan usahawan tempatan serta memperkukuh ekosistem kewangan Islam. Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi meningkat taraf infrastruktur serta melahirkan lebih ramai bakat anak Malaysia.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 4: Memacu Produk Ciptaan Malaysia

Matlamat jangka panjang negara adalah untuk memperkukuh keupayaan pengusaha tempatan agar produk ciptaan Malaysia mampu berdiri megah di pasaran global.

Melalui Tekad 4: Memacu Produk Ciptaan Malaysia, Kerajaan MADANI terus memberi tumpuan kepada pembangunan inovasi dan teknologi baharu termasuk bidang kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan daya saing industri tempatan.

Selain itu, penekanan turut diberikan untuk menyokong usaha memperkukuh ekosistem eksport, meneroka pasaran baharu serta menggalakkan rakyat mengutamakan barangan ciptaan Malaysia.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara

Malaysia kekal bersedia dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global dan cabaran geopolitik dunia.

Melalui Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara, Kerajaan MADANI menzahirkan komitmen untuk memperkukuh pertahanan negara, memperkasa petani, pesawah dan nelayan selain mempercepat peralihan tenaga ke arah masa depan yang lebih lestari.

Belanjawan 2026 menjadi bukti keazaman Kerajaan untuk membina Malaysia yang lebih kukuh, berdaya tahan dan sejahtera demi generasi akan datang.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 6: Merapat Kesenjangan, Mencipta Peluang

Belanjawan 2026 adalah Belanjawan Rakyat, oleh itu ia tidak boleh dilihat sekadar retorik, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan dan pelaksanaan.

Bagi tujuan itu, Tekad 6: Merapatkan Kesenjangan, Mencipta Peluang menjadi bukti keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan tiada kaum dipinggirkan, tiada golongan diabaikan dan tiada negeri ditinggalkan.

Peruntukan disediakan bagi membolehkan prasarana dilengkapkan serta pelbagai langkah dirancang untuk membolehkan rakyat meningkatkan taraf kehidupan mereka.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 7: Menjamin Kelangsungan Hidup Rakyat

Kerajaan MADANI sentiasa prihatin terhadap keluhan rakyat berkaitan kenaikan kos sara hidup dan aspek lain yang menjejaskan kesejahteraan mereka pada masa depan.

Berikutan itu, Belanjawan 2026 melalui Tekad 7: Menjamin Kelangsungan Hidup Rakyat menggariskan pelbagai usaha Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat.

Semua golongan termasuk warga emas akan menikmati manfaat melalui program yang dilaksanakan.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 8: Memperkasa Perkhidmatan Rakyat

Belanjawan 2026 melalui Tekad 8: Memperkasa Perkhidmatan Rakyat merupakan perancangan jitu Kerajaan MADANI untuk memastikan aspek penting berkaitan rakyat diuruskan dengan sempurna.

Tumpuan diberikan kepada tiga aspek iaitu perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, reformasi pendidikan cemerlang, serta prasarana awam berkualiti tinggi demi manfaat seluruh rakyat Malaysia.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Tekad 9: Membina Jati Diri, Membangun Nilai Insan

Belanjawan 2026 oleh Kerajaan MADANI bukan sahaja menekankan pembangunan fizikal, tetapi turut memberi tumpuan kepada pembangunan rohani dan jasmani rakyat.

Melalui Tekad 9: Membangun Jati Diri, Membangun Insani, usaha diperkukuh bagi memperkasa syiar Islam, memantapkan institusi masjid serta memperkukuh peranan institusi pondok.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada pembangunan sukan, Bahasa Melayu dan seni kreatif, di samping menghargai jasa penjawat awam yang menjadi tunjang pelaksana dasar-dasar MADANI demi kesejahteraan rakyat.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI

Image

Hubungi Kami

Kementerian Kewangan
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA